Search This Blog

Saturday, January 22, 2011

Teknik-teknik Membahagiakan Isteri Di Ranjang

Suami yang mampu membahagiakan isteri ketika di ranjang adalah satu petanda perkahwinan anda mampu bertahan lama hingga akhir hayat anda berdua. Hidup berumahtangga anda akan menjadi sempurna jika isteri anda lebih bahagia ketika di ranjang. Ini menunjukkan anda mempunyai hubungan intim yang baik dan sihat dalam memenuhi tuntutan nafkah batin untuk isteri tercinta anda.

Mari saya kongsikan bersama anda beberapa teknik yang boleh anda lakukan untuk mencapai matlamat ini ketika anda berdua sedang dilamun asmara di kamar beradu anda.


Pertama : 
Anda perlulah menjadi seorang suami yang romantis dan penyayang. Buang ego anda jauh-jauh dengan memujuk rayu isteri anda. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai di samping mewujudkan satu suasana yang mengghairahkan.

Kedua: 
Pasang lampu tidur malap di bilik tidur anda. Ianya akan menjadi lebih romantis berbanding di bawah cahaya lampu putih kalimantang bilik anda tu. Pasangkan juga muzik sentimental yang berentak perlahan.

Ketiga :
Panjangkan tempoh ‘pemanasan’ atau foreplay anda. Belai lah isteri anda dengan penuh kelembutan. Perbanyakkan sentuhan penuh nafsu, ciuman sensual dan bisikan lembut yang sedikit ‘nakal’ di telinga isteri anda.

Keempat :
‘main tarik-tarik tali.’ Anda faham dengan apa yang saya maksudkan ini? Maksudnya ialah anda cuba goda dia dan dan dalam masa yang sama anda cuba tahan nafsu anda dengan menunggu respon dan aksi seterusnya daripada dia. Goda dia contohnya dengan menggesel-gesel kaki anda di kaki dia kemudian anda hentikan segala pergerakkan. Lihat dan tunggu sahaja respon daripada dia. Ulangi aksi anda ini sehingga dia memberi respon. Anda juga boleh menggosok-gosok peha isteri anda secara perlahan-lahan. Seterusnya fahami bahasa tubuh isteri anda. Kaum wanita cukup terkenal dengan sifatnya yang amat pemalu. Cuba anda lihat jelingan mata dia ke arah mana pada tubuh badan anda, atau apa-apa pergerakkan badan dan tangan dia. Penuhi keinginan isteri anda di ranjang.

Kelima : 
Beranikan diri untuk mencuba posisi-posisi seks yang baru. Wanita sukakan sesuatu yang baru dalam kehidupan seksual mereka. Cuba realisasikan fantasi-fantasi isteri anda dan penuhi hasrat dia jika ada dia nytakan kepada anda. Jangan sesekali anda membanding-bandingkan isteri anda dengan wanita lain. Terutama dari segi kecantikan atau bentuk tubuh badan dia. Yakinkan isteri anda yang anda hanya mahukan diri dia sahaja demi merealisasikan kemuncak cinta anda berdua di kamar. Banyakkan sentuhan lembut dan belai-membelai.
Dan teknik yang terakhir ialah tanya kepada isteri anda secara terus tanpa berselindung adakah dia puas dan telah mencapai orgasma. Jika belum, anda haruslah berusaha keras untuk terus merangsang isteri anda terutama pada bahagian G-spot dia untuk mencapai orgasma seperti yang dia idam-idamkan.
Jika anda puas, tak semestinya isteri anda puas dalam masa yang sama. Awas, kadang-kala isteri anda ni boleh berpura-pura sahaja puas, tapi dalam hatinya hanya memendam perasaan.

No comments:

Post a Comment