Search This Blog

Tuesday, February 1, 2011

Peperangan Dunia 2 (Medan Eropah)

Medan Eropah

Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau pencerobohan Jepun keManchuria pada tahun 1931.
Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan memeteraikan Perjanjian Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact ) dengan Kesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan sokongan persekutuan pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan Mac 1939. Pihak Wehrmacht Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam 'Kempen September Polish' pada 1 September. Pada 3 September 1939 pihak British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan kerajaan Polish dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh beberapa minggu kemudian, Tentera Merah Soviet turut menjajah Poland, dan pertempuran merebut Poland berakhir tanpa sebarang bantuan ketenteraan daripada negara Perancis dan British.
Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga penjajahan Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali sebagai Perang Olok-olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet dipindahkan dari menyerang Poland. Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana Peperangan Musim Sejukmenjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke barat, dan sementara itu Operasi Weserübung menjajah Denmark dan Norway. Perancis menggerakkan tenteranya dan mengendalikan pertahanan sempadannya yang kukuh dengan Rhine; dan pihak British pula menghantar pasukan expeditionary yang besar ke Perancis. Selain serangan ringkas oleh pasukan Perancis yang menyeberangi Rhine, tiada pertempuran lain sementara kedua pihak memperkukuhkan tentera mereka.
Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries) (BelandaBelgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas dan kesemua kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja Belgium Leopold III yang kekal di negaranya.
Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan Ekspedisi British (BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo, meninggalkan kelengkapan berat mereka, sementara kerajaan Perancis berdamai, dengan pihak Jerman menguasai kawasan di Utara dan kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy France Vichy) pula berkuasa di selatan.
Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan Udara Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk menguasai ruang udara British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen pengeboman strategik yang dikenali oleh pihak British sebagai Blitz, dan mengepong British agar menyerah dalam Pertempuran Atlantik. Britain tetap utuh menghadapi kedua-duanya.
Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka mempunyai pakatan tidak agresif (non-aggression pact), dalam Operasi Barbarossa, memulakan apa yang dikenali di Kesatuan Soviet sebagai Peperangan Patriotik Agung (Great Patriotic War) (Великая Отечественная Война). Pihak Rusia dikejutkan dan Wehrmacht pada awalnya menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu tentera. Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih terpencil. Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman menawan Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda (lihatPertempuran Moscow). Hitler, menjangkakan kempen itu tamat dalam tempoh beberapa bulan, tidak melengkapkan tentera mereka untuk peperangan musim sejuk. Lima hari selepasSoviet melancarkan serangan balas mereka, pada 11 Disember 1941, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun -Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Asia
Ketua Perikatan "Besar Tiga" Winston Churchill, Franklin Delano Roosevelt, dan Joseph Stalin
Pada musim bunga pihak Jerman melakukan serangan lanjut terhadap Kesatuan Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara serangan langsung terhadap Moscow atau menawan padang minyak Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera Soviet berjaya menembusi baris hadapan pihak Pusat di selatan, dan mengepong Tentera ke-6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari 1943 saki-baki 300,000 tentera Jerman menyerah.
Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan melakukan serangan balas dalamPertempuran Kedua Kharkov (Second Battle of Kharkov), tetapi serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal mengakibatkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan. Tentera Merah berjaya menyerang balas dan merampas kembali kawasan yang hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan di Timur Eropah.
Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada skala yang sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan Afrika dan Timur Tengah Medan Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak terakhir kuasa Paksi di Afrika Utara dan penawanan suku juta tahanan perang Jerman dan Itali pada Mei 1943. Selepas itu pihak Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk pelanggaran Sicily melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah besar Itali oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut Eropah". Itali menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk melucutkan senjata tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai untuk pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan.
Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944 dan membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries ) pada penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas dalam Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan. Pihak Berikat kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini pihak Soviet telahpun sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German Reich ), dan nasib Jerman telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri ketika pihak Rusia memasuki Berlin, pihak tentera Jerman menyerah tanpa syarat pada 7 Mei 1945.
Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun menyerah kalah.

No comments:

Post a Comment