Search This Blog

Saturday, January 29, 2011

Nikmat Masa

Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).

Adakah kita termasuk dalam orang yang terpedaya seperti yang disebutkan di dalam hadith tersebut? Mudah-mudahan kita sedia merencana langkah yang bijak bagi mengisi masa lapang. Apatah lagi musim cuti sekolah menjanjikan kita dengan pakej-pakej pelancongan yang menarik. Tetapi, tanpa kita sedari, kita tidak mengisi jiwa kita dengan benda-benda berfaedah.
NIKMAT MASA LAPANG
Masa lapang juga merupakan sejenis nikmat pemberian Allah. Allah berikan kita 24 jam dan kitalah yang merencananya adakah ia bermanfaat atau pun tidak. Berapa banyakkah masa kita terbuang begitu sahaja? Nampaknya lebih banyak masa kita lalai dari kita memanfaatkannya.
MEMBACA DI MASA LAPANG
Antara perkara yang patut di isi oleh kita samada guru ataupun pelajar sekolah mahupun sesiapa sahaja yang berasakan dirinya terasa mempunyai masa yang lapang, eloklah kita merancang membaca agar kita lebih berilmu dan dapat memberi manfaat pula kepada orang lain.
Tetapi bagaimana anda mengisi masa lapang dengan membaca sedangkan anda belum lagi menyediakan draf rancangan membaca? Mari kita buat sedikit kerja rumah yang mudah tetapi berharga.
Sekurang-kurang anda perlu membuat satu rekod mudah bagi program membaca di masa lapang. Senang sahaja.
PROGRAM MEMBACA DI MASA LAPANG
1. Sediakan kertas kosong dan pen
2. Buat 6 Kolum. Kolum pertama BIL, Kolum 2 Jenis Buku, Kolum 3 Nama Buku, Kolum 4 tarikh pelaksanaan, Kolum 5 hasil dan Kolum 6 output/faedah.
3. Isikan semua item dengan jujur dan tetapkan matlamat yang mudah dahulu.
4. Simpan rekod anda!
Sebenarnya jika anda mempunyai kemahiran dalam excell, bolehlah membuatnya dan mencetak agar lebih menarik.
Jom kita lakukan.
Contoh :
BIL 1
JENIS BUKU hadith
NAMA BUKU ringkasan sahih bukhari
TARIKH PELAKSANAAN 20 /11 – 27/11
HASIL berjaya


No comments:

Post a Comment