Search This Blog

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Petua Menjadi Suami Cemerlang

Mahu jadi suami yang disayangi oleh isteri dan berjaya dalam kehidupan dunia akhirat? 


Berikut ada 50 petua:

1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23) Gunakan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin jugadi rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin dipejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Petua & Pantang Larang Untuk Lelaki


Bagi lelaki boleh mengambil panduan serta praktikkan sementara untuk wanita bergelar isteri hendaklah menjadi penasihat kepada suaminya



Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

- Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi 
sejuk serta lembik
  dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi,
 melainkan jika 
   tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh
  mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. 
Jangan terus
  minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

- Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu
mengelakkan dari mudah
   lelah ketika jima'.

- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah
  terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk,
   panaskan dahulu.

- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

- Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot
  pinggang dan membawa sengal badan.

- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian
  buang air besar.

- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan
  zakar.

- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu
   pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk
   membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup
   masa membina kembali tenaga batin.

- Jangan jima' di dalam air.

- Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.

- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.


*Senaman Kuatkan Tenaga Batin


Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:

1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar
2. Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya;

  • Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.
  • Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.
*Menguatkan Zakar

Sebelum bersetubuh, basuhkan/rendamkan zakar dengan air suam selama beberapa minit. Ini akan menguatkan dan menegangkan lagi zakar anda 

*Lelaki lambat keluar air mani

Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri. Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh,dan lakukan hingga seterusnya.. insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.

*Menguatkan Zakar ketika bersetubuh

Caranya amat mudah dan senang diamalkan iaitu :
1) Sediakan segelas susu dan dicampur isi jagong 3 x sehari atau lebih ( amalkan ).
2) Sediakan segelas susu dan buah kismis ( amalkan ) 3 x sehari atau lebih.
3) Sediakan segelas susu dan kacang hijau yg dah direbuh ( amalkan ) 3 x sehari atau lebih.
Tempoh masa diamalkan adalah 3/hari setiap yg dinyatakan diatas maknanya 3 x 3 = 9 hari Insyaallah terbukti hasilnya kelakian anda.Selamat mencuba....

*Menguatkan Dan Membesarkan Zakar

Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua belah kaki -tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari ( apabila mandi pagi, tengahari dan petang ) nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda. Petua ini berhasil menolong kawan-kawan saya. Cubalah.



Petua Mengandung dan Bersalin

Petua Mendapat Anak

Petua 1 
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung. 

Petua 2 
Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. 
Lakukan sehingga sekitar lima bulan.  

Petua 3 
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih 
atau kurang.  

Petua Mendapat Anak Lelaki 

Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan ke  sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil.  Selamat mencuba.  

Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih 

Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.
  
Menghilang Loya Ibu Hamil 

Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu the gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilangMenaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

Petua 1 
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.  

Petua 2 
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali  menaikkan seri wajah, amalkan  petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan  bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher  dan biarkan ia kering sendiri.  Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan  kembali seri wajah anda.  

Petua 3 
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak hasilnya. 

Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin 

Petua 1 
Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.  

Petua 2 
Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini 
beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.  

Petua 3 
Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal. 


Menghapus Urat Timbul Selepas Bersalin 

Petua 1 
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu. 

Petua 2 
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap 
malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal. 

Petua 3 
Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  
Petua 4 
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur. 

Air Susu Berlebihan 

Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu 
berkurangan.
  

Memudahkan Bersalin 

Apabila terasa mahu bersalin, segera merebus telur ayam separuh masak dan makan bersama Milo, susu tepung atau air susu. Petua ini untuk memudahkan proses bersalin tanpa kesakitan yang amat sangat. 

Menyembuhkan Luka Pada Rahim 

Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.
  
Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil 

Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan. Untuk mengembalikan selera makanyang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbuk bersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat / sederhana. Insya Allah ia amat berkesan. 

Petua Kesihatan Seksual

Mengembalikan Kesempurnaan Hubungan Suami Isteri 

Ambil hempedu kambing dan madu, lalu kedua-duanya dicampurkan. Minumlah air ini selama 3 pagi berturut-turut sebelum hendak bersarapan pagi. Lakukan sedemikian sekali sebulan atau setahun sekali. Petua ini menyebabkan
suami berasakan isterinya amat sempurna dalam hubungan kamar.
  
Petua Tahan Lama Ketika Berjimak 

Sediakan 1 inci halia, diparut dan ambil airnya. I biji telur ayam kampung digoncang-goncangkannya. 1 biji limau nipis yang besar, perah dan ambil airnya. 1 sudu besar kicap. 1 sudu besar madu asli dan 7 biji lada sulah yang telah dihancurkan. Kesemua ramuan tersebut dihancurkan menjadi satu dan dikacau sehingga sebati. Kemudian minumlah sebelum tidur malam (terutama sebelum berjimak). Ulangi 2 kali seminggu, anda mampu berjimak di dalam masa yang lama menggunakan ramuan ini.  

Petua Membangkitkan Syahwat Suami 

Isteri boleh membantu suami yg lemah syahwat bagi membangkitkan keghairahan suami  melaksanakan nafkah batin. Cara-caranya : 

1.  Sentuh dgn lembut seluruh badan suami tanpa disentuh zakarnya. Sapa dadanya, sentuh puting suami dgn hujung jari, bawa jari itu merayap ke bawah hinggalah bermain di kemaluannya. Sentuh paha dan kakinya, sentuh bahagian dalam paha dengan lembut hingga bahagian kemaluannya. Jika zakarnya belum cukup menegang, cuba 
langkah ke-2. 

2.  Ubah cara. Belai kemaluannya dan buah zakarnya, lalu bermain di situ dgn 
lama.  

3.  Sentuh perlahan-lahan cuping telinganya berkali-kali. Telinga amat sensitif pada sentuhan bagi setengah lelaki kerana sarafnya berhubung terus dgn kemaluan.  

4.  Buat seperti bulatan di bahagian ketiak, gunakan hujung jari, kecilkan bulatan hingga menjadi garisan bila mendekati bawah ketiak, kemudian balik semula ke putingnya. 

5.  Sentuh puting dgn hujung jari, gentel dgn menggunakan hujung jari dan jari 
tengah. 

6.  Sentuh bahagian perut dgn perlahan-lahan. Gosok perut suami dgn menggunakan tapak 
tangan.  

7.  Teruskan sentuhan ke bahagian kemaluannya. Kemudian uli dgn perlahanlahan.  

8.  Sentuh bahagian dalam peha suami dgn hujung jari. Garis-gariskan dgn hujung 
kuku.  

9.  Pegang buah zakar. Ramas perlahan-lahan dan dgn cara yg lembut agar jgn sampai menyakiti.
  
10. Sentuh kepala zakar dgn hujung jari. Pusing-pusingkan pergerakan jari dari kepala zakar hingga ke batang dan balik semula ke kepala zakar. 

11. Gosok bawah kepala zakar dgn perlahan-lahan  menggunakan hujung jari. 

12. Genggam batang zakar dgn tangan, gosok ke atas dan ke bawah dgn lembut dan perlahan. 

13. Ajak suami utk bersenggama dgn pujuk rayu menggunakan suara yg manja dan menawan. Suara lembut dapat menolong membangkitkan syahwat suami. 

Petua Pulih Dara 

Ramuan terdiri drp  12 biji pinang muda sebesar ibu jari (boleh dibeli dari kedai India)  Gambir Sarawak sebesar kuku telunjuk (boleh dibeli dari kedai ubat cina dan penjual ubat kaki lima).  
  1. Pinang muda ini dibelah dua. Pastikan isinya masih lembut dan bergetah. 
  2. Tumbuk isi pinang muda ini dan 
  3. kemudian diperah bagi mendapatkan air pekat bergetah berwarna kemerahan. Campurkan dengan gambir Sarawak yang telah dihancurkan terlebih dahulu. Kacau rata2 dan panaskan di atas api yang sederhana sehingga terbentuk cecair pekat seperti gam (tak begitu kuat melekat apabila disentuh). 
  4. Celupkan ramuan ini dgn cotton bud atau kapas yang digulung. 
  5. Perlahan2 masukkan ke dalam lubang faraj yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. 
  6. Lakukan sorong tarik dengan berhati-hati sebanyak 3-4 kali. Peringkat awal, mungkin rasa pedih sedikit. 
**Jgn membasuh faraj atau buang air selama 3 jam setelah melakukan rawatan ini atau anda terpaksa mengulangnya sekali lagi. Seeloknya dilakukan rawatan petua ini pada sebelah malam atau selepas subuh. Jangan lakukan ketika sedang haid.

**Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, lakukan rawatan ini selama 44 hari. 

Jika anda melakukan rawatan petua ini dengan betul, lubang faraj anda seakan diselaputi kulit nipis seperti selaput. Jika bergesel zakar, anda akan berasa faraj anda begitu ketat dan pedih. Ini adalah kerana air pinang muda dan gambir sarawak akan mula bertindak mengetatkan permukaan dalam dan luar faraj apabila air mazi mengalir dari faraj. Apabila air ini bergabung dan menitis ke kain cadar, seperti ada tanda titisan darah bayu (jernih). 
     
Petua Kembali Gadis 

Petua 1 
Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi
mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi
petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.
  
Petua Sayang Suami 

Bagi wanita yang inginkan lebih tenaga sewaktu berjima' dgn suami, amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Anda perlulah bangun tidur sebelum suami terjaga kerana petua ini tidak mujarab jika suami sudah terjaga. Rendamkan 3 jenis daun bunga yang berasingan (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dengan sedikit madu asli ke dalam sebaldi air suam selama 30 minit. Mandi menggunakan air ini. Kemudian baru kejutkan suami untuk mengetahui hasilnya. InsyaAllah.
  
Petua Kemutan Faraj 

Kemutan faraj yg berkesan akan memberi kenikmatan yg  tak terhingga semasa jima', baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan faraj boleh dilakukan secara sedar setiap hari. Untuk melakukan latihan kemutan luar, cuba fokus seolah-olah sedang menahan kencing iaitu dgn menarik otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Utk melakukan latihan kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama beberapa minggu. Teknik kemutan ini dapat meningkatkan kebahagiaan suami isteri.
  
Petua Senaman Istimewa Wanita 

1. Senaman Tupai
Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya  :
Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang utk memegang ibu jari kaki kiri.Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dgn kuat, lepaskan nafas dgn kemutanperlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan. 

2. Senaman Kiambang
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj.  Caranya Duduklah dgn keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikankedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahanlahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dgn meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur. 

3. Senaman Klasik Kemutan Faraj 
1. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri (peha dan kaki dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.  

2. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam. 

**Proses Pengemutan  
1 Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut  
2 Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak. Kemut seperti menahan air kencing.  
Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan sebagainya
  
Memulih dan Menyempitkan Faraj 

Petua 1 
Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau  kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam. 

Petua 2 
2 biji kulit pisang muda 3 helai, daun sireh bertemu urat 1 biji, kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping & Sedikit kapur sireh.  Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.
  
Petua 3 
Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak. 

Menguatkan Tenaga Batin 

Petua 1 
Petua ini telah dicuba dan ramai yang mengakui telah berjaya. InsyaAllah disamping melakukan senamam setiap pagi, cuba amalkan minum madu lebah dan campurkan dengan minyak lenga. Madu lebah 1/2 cawan dicampur dengan minyak lenga 1/2 cawan. Minum setiap pagi. 

Petua 2 
Ambil 2 biji telur ayam kampung, satu sudu besar air kunyit, satu sudu besar madu lebah asli, setengah sudu air limau nipis. Campur ramuan tersebut dan kacau sehingga sebati. Minum 2 kali seminggu. 

Memulih Lemah Nafsu Syahwat 

Petua 1 
Ambil seekor ayam betina dara dibuat sup. Campurkan 10 ulas bawang merah, segenggam lenga dan garam secukup rasa. Amalkan makan sup tersebut 3 hari sekali. InsyaAllah anda akan kembali bernafsu dan wajah berseri 

Petua 2 
Ambil 3 biji telur puyuh atau 2 biji telur ayam kampung. Pecahkan dan bubuh dalam gelas, kemudian bubuh 2 sudu besar madu lebah asli. Kacau sehingga sebati. Kemudian minumlah. Lakukan sedemikian 2 kali sehari, seelok-eloknya

**Petua Seksologi Wanita 
1 Elakkan terlalu kerap memakan sayur-sayuran yang sejuk sifatnya seperti timun dan kangkung.  
2 Jangan kerap makan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang, betik dan semangka. Amalkan minum air lobak merah dan madu lebah.  
3 Jangan lakukan persetubuhan ketika sedang haid.  
4 Jangan buang air kecil dan air besar serentak ketika dalam tandas.  
5 Jangan kencing dalam air. Selain melemahkan kemantapan faraj, ia jua menyebabkan cepat putus haid.  
6 Jangan lupa membersihkan alat kelamin selepas melakukan persetubuhan. Selain mendatangkan kelemahan, anda juga mungkin dihinggapi penyakit
       
Mengubati Sifilis 

Ambil daun sireh, gula merah dan garam. Tumbuk daun sehingga hancur, kemudian direbus dengan gula merah dan  sedikit garam. Minum air tersebut 3 kali sehari berturut-turut.  

Petua Mengharumkan Air Mani 

Adakala air mani perempuan berbau maung dan memeningkan kepala. Untuk mengharumkan air mani, perah limau kapas di dalam gelas. Masukkan gula batu dan bancuh dengan air hangat. Amalkan minum selama 3 pagi berturutturut atau bila-bila masa sahaja. InsyaAllah ada perubahan.