Petua Mendapat Anak
Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.
Petua 2
Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas.
Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih
atau kurang.
Petua Mendapat Anak Lelaki
Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan ke sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.
Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.
Menghilang Loya Ibu Hamil
Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu the gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilangMenaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Petua 2
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Petua 3
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak hasilnya.
Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1
Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.
Petua 2
Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini
beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Petua 3
Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.
Menghapus Urat Timbul Selepas Bersalin
Petua 1
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Petua 2
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap
malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.
Petua 3
Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
Petua 4
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.
Air Susu Berlebihan
Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu
berkurangan.
Memudahkan Bersalin
Apabila terasa mahu bersalin, segera merebus telur ayam separuh masak dan makan bersama Milo, susu tepung atau air susu. Petua ini untuk memudahkan proses bersalin tanpa kesakitan yang amat sangat.
Menyembuhkan Luka Pada Rahim
Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.
Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil
Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan. Untuk mengembalikan selera makanyang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbuk bersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat / sederhana. Insya Allah ia amat berkesan.
No comments:
Post a Comment