Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Tips Menemani Isteri Membeli Belah


Makhluk di atas bumi ini yang paling seronok membeli-belah ialah perempuan. Bagi orang lelaki, ia adalah satu kewajipan. Tetapi orang perempuan, ia adalah hobi, melegakan tekanan jiwa, meredakan gundah gulana dan menghiburkan hati sanubari. Oleh itu, eloklah suami menggunakan tips ini:

1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa beli-belah. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan bosan... tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi membeli-belah ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala". 

2. Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas beli-belah.



3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan. 

4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli belah.. eloklah tanyakan kepada isteri ... apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan..


5. Tiba di kedai tu.. buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain. 

6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek tak abang kain ni untuk saya"... ? berilah pandangan dengan kata-kata, "Pada pandangan abang ... .." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap. 

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka. 

8. Pandangan kita jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping kerana isteri boleh  nampak walaupun di berpura-pura sibuk memilih barang.


9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.



No comments:

Post a Comment