Search This Blog

Friday, December 17, 2010

Wikileaks

Sejak Ahad, riuh rendah orang bercakap pasal pendedahan terbaru Wikileaks yang disiarkan oleh akhbar di Australia. Bukan apa kali ini, ia melibatkan Malaysia termasuk kisah sensasi mengenai kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Agendadaily mengumpul maklumat dari berbagai sumber mengenai apa sebenarnya Wikileaks yang kini boleh diakses di WikiLeaks 
Pengasas Wikileaks, Julian Assange warga Australia adalah bekas hacker, wartawan dan sejak 2006 tidak mempunyai alamat tetap kerana bimbang keselamatan terancam. 

Sungguh begitu, Wikileaks mempunyai pejabat bawah tanah kalis nuclear, dengan derokasi ala makmal James Bond, (gambar) juga ada air terjun buatan. Pejabat itu terletak di Taman Vita Berg di Stockholm, Sweden, dilengkapi set komputer dan beberapa server moden. Pekerja tetap Wikileaks akan menganalisis data yang mereka terima dari berbagai sumber setiap hari sebelum menyiarkannya. Sebagai bekas hacker, Julian Assange mempunyai rangkaian pengikut yang ramaidan mereka ini bergerak secara sendirian dan saling tidak mengenali antara satu sama lain. 

Matlamat utama mereka adalah mempertahankan kebebasan media kata Julian, “Kami yakin, bahawa ketelusan dalam aktiviti pemerintah dapat mengurangkan rasuah, meningkatkan keberkesanan kerajaan dan memperkuat demokrasi.“ Selain menceroboh masuk ke rangkaian server, pemberi maklumat Wikileaks juga merupakan ‘orang dalam’ yang tidak dikenali. 

Satu yang pasti, seperti yang ditulis terang-terang di laman webnya, Wikileaks hanya akan menyiarkan dokumen sah diperolehi dari sumber mereka. Maknanya, keaslian dokumen menjadi perkara pertama yang dititik beratkan sebelum buat pendedahan kepada umum. 

Sebab itu barangkali, tidak ada kerajaan dunia yang nafi bahawa pendedahan Wikileaks itu palsu, yang mereka marah adalah bagaimana komunikasi rahsia boleh tersebar dan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. 

Laman web Wikileaks kali pertama diluncurkan pada tahun 2006 mendedahkan 400,000 dokumen-dokumen perang Afganistan dan Iraq dari 2004 hingga 2009. Dokumen itu dipercayai dibocorkan dari server utama di Pantogan. Pada April 2010 Wikileaks menyiarkan maklumat rakaman video serangan membunuh orang awam di Iraq, termasuk dua wartawan berita Reuters. Rakaman itu diperolehi dari video atas helikopter tentera Amerika sendiri. 

Selalunya Wikileaks memberikan dokumen-dokumen mereka kepada pihak media terlebih dahulu sebelum menyiarkan untuk tatapan umum. Sejak pendedahan demi pendedahan dibuat, kehidupan peribadi Julian Assange jadi sorotan berbagai pihak. Julian Assange ditangkap baru-baru ini oleh polis Britain menggunakan waran tangkap Eropah selepas disyaki terbabit dalam jenayah rogol di Sweden pada Ogos 2010. 

Penangkapan itu dakwa Julian, “bermotif politik” dan sehingga kini beliau ditahan di penjara rahsia. Beliau ditangkap selepas lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat didedahkan di laman webnya. Pendedahan itu mencetuskan kekecohan kepada dunia kerana maklumat sulit tersebut melibatkan tingkah laku para pemimpin dunia selain perancangan rahsia beberapa buah negara. 

Berikutan penangkapannya, Wikileaks mendedahkan pula satu fail 'insurans' misteri yang dipercayai menyimpan maklumat yang akan disebarkan jika Julian Assange dibunuh. Fail gergasi itu yang bersaiz hampir 2 Gigabit (GB), dipercayai menyimpan beribu-ribu dokumen rahsia Amerika Syarikat dengan tujuan untuk memalukan kerajaan dan berpotensi menjejaskan hubungan Amerika Syarikat dengan negara-negara sekutunya. Fail tersebut dikunci dengan menggunakan kod rahsia. 

Berikutan itu, pengikutnya mengodam beberapa laman web termasuk laman web Visa dan Mastercard sebagai aksi balas dendam mereka. Julian sebelum ditangkap berjanji bahawa Wikileaks tidak akan‘diam’, antaranya dengan memastikan dokumen-dokumen rahsia lainnya sudah ada dalam bentuk trankripsi untuk lebih dari 100.000 orang. 

"Jika sesuatu terjadi, bahagian penting akan dikeluarkan secara automatik," katanya. "Dan sejarah akan menang."-12/12/2010

No comments:

Post a Comment