Search This Blog

Friday, January 7, 2011

Petua Untuk Masalah Ketiak

**Mungkin janggal bagi sesetengah orang, tapi jika tak beritahu sampai bila kita tak akan tahu. Jadi di sini di kongsi bagaimana nak hilangkan bulu ketiak yang selalunya menjadi utama perbualan golongan wanita yang mementingkan penampilan.


Untuk Hilangkan Bulu Ketiak Tanpa Cabut:
  1. Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. 
  2. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. 
  3. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. 
  4. Hasilnya : 
  5. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya. 
Untuk Cabut Bulu Ketiak :
  1. Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. 
  2. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya. 
Ketiak Hitam :
  1. Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. 
  2. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar. 
Menghilangkan Bau Ketiak :
  1. Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
  2. Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.
  3. Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
  4. Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
  5. Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
  6. Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.
  7. Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

No comments:

Post a Comment