Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

5 Tips Rapatkan Hubungan Antara Ibu Bapa Dan Anak Remaja


  • Luangkan Masa.
Dengan keadaan kedua ibu bapa yang bekerja, masa bersama dengan anak-anak pastinya amat terhad. Maka terpulang kepada kebijaksanaan ibu bapa dalam memanfaatkan masa bersama dengan anak-anak.Mungkin kita hanya mempunyai satu jam sahaja dalam sehari bersama dengan keluarga kerana kesibukan kerja atau tuntutan mencari nafkah, namun jika dimanfaatkan masa tersebut dengan sebaik-baiknya maka itu adalah lebih baik daripada mempunyai masa berejam-jam di rumah tetapi tidak dimanfaatkan bersama.

  • Sentuhan.
Rata-rata kita akan dapati anak-anak ketika masih kecil biasanya akan kerap dibelai dan dicium. Namun keadaan ini kadangkala tidak berterusan apabila anak meningkat usia remaja.Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana sentuhan tersebut mampu memberikan kesan mendalam yang tidak terhingga sehingga boleh membuatkan diri mereka rasa dihargai dan disayangi?Jika amalan ini sudah lama terhenti, maka mulakanlah dengan sentuhan mudah atau tepukan mesra di bahu anak setiap kali bersua atau berjumpa. Bagi para ibu bapa yang sudah biasa mengamalkan sentuhan atau ciuman mesra pada diri anak. Teruskanlah tabiat baik ini sehingga mereka dewasa,  pasti ianya bakal mengeratkan hubungan mesra yang sudah terjalin.

  • Pujian
Katakan jika suatu hari anda ingin berkongsi kegembiraan bersama isteri tercinta tentang kejayaan anda, tetapi si isteri mengambil sikap acuh tidak acuh sahaja. Pastinya kita akan merasa sedih dan hampa. Begitulah juga dengan anak-anak, mereka perlu dipuji apabila berjaya melakukan sesuatu sebagaimana mereka juga perlu ditegur atau dimarahi apabila melakukan satu kesilapan. Secara semulajadinya pujian tersebut akan membuatkan anak-anak merasa gembira dan rasa diri dihargai selain mengeratkan perhubungan dan menambahkan perasaan kasih sayang antara anak dan ibu bapa.

  • Teguran                                                                                  
Dalam memberi nasihat atau peringatan pada anak, pastikan masanya adalah bersesuaian. Ini bermakna tidak ketika anak baru pulang, sedang lapar atau anak masih dalam keletihan.Sebaiknya juga elakkan seberapa mampu daripada meleter atau melakukan sindiran kepada anak-anak, elakkan juga daripada mengungkit kesilapan lama. Bayangkan, jika kita sendiri disindir dan dileteri oleh majikan atau isteri/suami. Pastinya kita akan merasa bingit walaupun apa yang dikatakan adalah benar dan ia berpunca daripada kesilapan diri kita.  Kita juga perlu bertanya pada diri kita, adakah leteran dan bebelan kita memberikan kesan dan perubahan positif pada diri anak? Jika jawapannya tidak, maka ini bermakna ia perlu dihentikan. Apa yang penting ialah teguran kita walaupun singkat tetapi mesejnya sampai kepada pemikiran anak.  

  • Hadiah.
Pernahkah kita memberikan sebarang hadiah kepada anak-anak bersempena hari ulang tahun mereka atau hari-hari yang mempunyai significant pada diri mereka?Hadiah walau sekecil dan semurah manapun mempunyai kesan yang cukup mendalam pada diri individu. Ia akan membuat diri rasa diingati dan dihargai dan menambahkan jalinan kasih sayang antara kita dan anak. Malah, jika disampaikan dalam bentuk kejutan (surprise), maka ia akan menjadi lebih bermakna.  

No comments:

Post a Comment