Search This Blog

Friday, December 17, 2010

Amerika Syarikat & Israel Takut Dengan Iran


Amerika Syarikat dan Israel kelmarin berkata Iran merupakan 'cabaran terbesar' bagi kemantapan di Timur Tengah.
Mereka menegaskan semula komitmen bagi mencegah Teheran daripada membangunkan senjata nuklear.

Kenyataan itu dibuat menyusuli rundingan antara Timbalan Setiausaha Negara Amerika, Encik James Steinberg, dan Timbalan Menteri Luar Israel, Encik Daniel Ayalon, di Washington mengenai strategi bersama, termasuk Iran dan proses damai Arab-Israel.

'Sementara dialog strategi hari ini merangkumi banyak perkara, jelas Iran antara cabaran terbesar yang kami hadapi di Timur Tengah,' kata mereka dalam satu kenyataan. 'Keengganan berterusan Iran mematuhi tuntutan antarabangsa berhubung program nuklearnya, di samping sokongan berterusan kepada pertubuhan pengganas, merupakan kebimbangan kedua-dua negara dan masyarakat antarabangsa.

'Usaha berterusan oleh masyarakat antarabangsa bagi menangani tindakan Iran menerusi tekanan dan dialog adalah penting bagi mengubah perhitungan strategi Iran dan mencegahnya daripada memperolehi keupayaan membangunkan senjata nuklear.' Washington dan Tel Aviv bimbang program nuklear Iran merupakan tabir untuk membina senjata nuklear.

Dakwaan itu dinafikan Iran.

Mesyuarat kelmarin berlangsung semasa rundingan damai Israel-Palestin terbantut disebabkan keengganan Israel membekukan pembinaan petempatan tidak sah Yahudi di Tebing Barat.

'Amerika dan Israel menegaskan semula komitmen untuk mencapai perdamaian berkekalan antara Israel dengan Palestin dan antara Israel dengan semua negara jiran,' tambah kenyataan itu. -- AP, AFP.

No comments:

Post a Comment