Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Rawat Tekanan Perasaan Dengan Kasih Sayang

Beberapa ketika dulu kita digemparkan dengan berita kematian pelajar Malaysia di Mesir, Mohammad Ishak kerana disyaki dibunuh rakan senegara dan dipercayai terlalu tertekan, menggemparkan masyarakat. Peristiwa tragis ini bukan kes pertama membabitkan pembunuhan akibat masalah tekanan hidup dan banyak kes ngeri juga berlaku dalam negara kita.


·         Ia sebahagian daripada bukti menunjukkan masalah tekanan sudah mula melanda masyarakat Malaysia dan keadaan ini jika tidak dibendung boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat. Antara golongan harus diberi perhatian ialah generasi muda supaya mereka tidak mewarisi budaya hidup dalam tekanan ini.

·         Orang yang mengalami tekanan sering menghadapi masalah kesihatan. Mereka akan mengalami sakit kepala, lenguh badan, letih dan sesak nafas. Kajian Muhammad Shah Burhan mengenai kesan tekanan terhadap remaja dari sudut fisiologi mendapati mereka sering mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut, sakit kepala dan bisa seluruh badan.

·         Menurut Imam al-Ghazali, kasih sayang boleh menjinakkan hati. Ia membuktikan bahawa kasih sayang boleh melembutkan hati yang keras dan merawat perasaan tertekan. Jika perasaan kasih sayang ini luput daripada keluarga dan masyarakat, maka akan merenggangkan ikatan yang terjalin di antara mereka (ahli keluarga dan masyarakat).

·         Oleh itu, individu yang mengalami tekanan boleh dikurangkan melalui perhatian dan kasih sayang ibu bapa, guru atau rakan. Dengan perhatian dan kasih sayang, berasa mereka dihargai dan diberi perhatian.

·         Seterusnya, Imam al-Ghazali menyatakan, kata-kata lembut berisi rahmat dan kasih sayang sangat menyentuh hati dan perasaan sehingga meninggalkan kesan mendalam dan mampu mengarah kepada perubahan lebih baik.

·         Dalam konteks mengawal tekanan di peringkat remaja supaya anak tidak mengalami tekanan apabila berhadapan dengan cabaran hidup, di samping ibu bapa memberikan kasih sayang ibu bapa juga bertanggungjawab mengawal tingkah laku anak.

·         Keseimbangan perhatian dan kasih sayang dengan kawalan terhadap anak boleh memberikan kestabilan emosi kepada anak terutama anak remaja yang mengalami masa perubahan daripada pelbagai aspek.

·         Permasalahan berkaitan kejiwaan pada peringkat kanak-kanak dan remaja perlu diberi perhatian kerana akibat jangka panjang akan lebih buruk iaitu wujud satu kelompok masyarakat yang hidup dalam tertekan. Sudah tentu kita tidak mahu peristiwa menyedihkan seperti berlaku kepada pelajar kita di Mesir akan berulang lagi.

No comments:

Post a Comment