Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

7 Kesilapan Dalam Kasih Sayang

  • Menerimanya  kerana simpati
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat, jika memaksa dan menerima cinta si dia.Perasaan IKHLAS dan JUJUR semestinya TIDAK AKAN wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bersama si dia.

  • Pura-pura tertarik pada bicara si dia
Kamu tak seharus berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana sebenarnya tak satu pun singgah di otak mu. Hipokrit  namanya.

  • Tidak ingin kalahkan si dia
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata untuk menjaga hatinya. Tak salah jika kamu berdua saling bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu

  • Harus sentiasa bersama
Ia tidak bererti rakan-rakan perlu disingkirkan hanya kerana kamu telah ada si dia. Sebaiknya masukkan dia dalam kelompok teman agar dia boleh menyesuaikan diri.

  • Berpura-pura tidak cemburu
Kamu harus membezakan antara percaya dan berdiam diri apabila melihat dia ayik berbicara dengan lelaki/wanita lain. Andai keterlaluan, tegur dia dengan cara terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

  • Terlalu menerima sikapnya
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan. Jangan kerana terlalu menyayangi, kamu menerima segala keburukanya walau hati kamu sakit. Fikirkan inisiatif untuk mengubah keburukannya.

  • Memaafkan kelakuannya yang keterlaluan
Jangan diam sahaja andai dia melakukan sesuatu perkara yang kamu tidak suka. Tidak salah jika kamu menegur perbuatan yang tidak elok supaya dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

No comments:

Post a Comment