Search This Blog

Friday, December 24, 2010

Kelebihan Sujud


Sujud lega sistem pernafasan.  MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar  mengenai pelbagai hikmah

 yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah

 s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal

 manusia.


 Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual

 berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika

 solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih

 lama.


 Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke

 tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:


 - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.


 - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


 - melegakan sakit hernia. (burut)


 - mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


 - melegakan paru-paru daripada ketegangan.


 - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.


 - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang

 tubuh.


 - meringankan bahagian pelvis.


 - memberi dorongan supaya mudah tidur.


 - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.


 - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic  memastikan kelicinan

 perjalanan darah yang baik.


 - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan

 bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.


 - mengurangkan kegemukan.


 - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal

 serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).


 - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


 - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut

 serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


 Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus

 mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.


 Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh

 mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus

 menguatkan mentaliti seseorang.


 Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan

 setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


No comments:

Post a Comment