Search This Blog

Friday, December 24, 2010

Sanggupkah Anda??

Sanggupkah anda
"Ustaz, saya ingin bertanya.. saya menjaga ibu saya yg  uzur...

saya membasuh kemaluan ibu saya.. bagaimana dgn puasa saya..."
Ustaz bertanya "Adakah saudara sudah berkahwin?"

Pemanggil menjawab "Belum Ustaz"

Ustaz menjawab "Paling kan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara"...

Setelah connection putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka

pemanggil itu.

Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah si-

ibu yg melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai

suaminya.

---------------------------------------------------------

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang

tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.

Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari

kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang

masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera

menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan.

Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis

bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya.

Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan

dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi

menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut

cuba menuruni anak tangga.

Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang

akal sejenak.

"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah.

"Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti"

Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi.

Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak,

dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana

anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu,

buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

"Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh,

dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku

bersyukur pada mu Ya Allah!"

sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk

sungguh mengecapi nikmat kasih.......

Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja

kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan

memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.

----------------------------------------------------------------

Hadis Nabi saw : "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia

orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT"


No comments:

Post a Comment