Search This Blog

Saturday, December 11, 2010

Tips Mengharmonikan Rumah Tangga




*** Tenang

Ambil sedikit masa untuk menenangkan fikiran kamu apabila perasaan ingin marah semakin menjelma. Kamu seharusnya pergi ke tempat lain atau ke satu sudut yang dapat mententeramkan jiwa amarah dan lepaskan ledakan itu di sana.

Sekiranya perlu, ambil waktu untuk pulihkan semula keadaan walaupun dalam masa yang lama. Setelah keadaan kembali tenang, temui kembali pasangan dan selesaikan masalah secara profesional dan bukannya dengan cara bertikam lidah.

Paling berkesan, sekiranya pasangan menimbulkan kemarahan atau membuat sesuatu yang boleh mencetuskan pergaduhan seperti mencerca dan berkata kesat kepada kamu, jangan kamu menyahutnya. Sebaliknya, hendaklah kamu berkata: 'saya sedang berpuasa'.

*** Hindari berkata, 'selalu' dan 'tidak pernah'

'Kamu selalu bersikap begini' atau 'kamu tidak pernah sedikitpun memahami perasaan saya'. Ucapan seperti ini seringkali terlontar dari mulut kamu mahupun pasangan pada setiap kali kemarahan memuncak. Padahal, penggunaan kata-kata seumpama ini akan mengeruhkan lagi keadaan kamu berdua. Hindari ucapan sedemikian atau cuba luahkan dengan cara yang lebih spesifik dan jelas.

*** Jauhi kata 'putus'

Walau apa pun masalah yang dihadapi, pertengkaran bukanlah faktor utama berakhirnya sebuah perhubungan. Jadi, janganlah sesekali kamu mengakhiri dengan mudah perhubungan yang dijalin sejak sekian lama atau mendeklarasikan hubungan kamu yang telah berakhir.

Fokus perhatian kamu pada intipati masalah yang sedang berlaku. Jangan biarkan diri hanyut dibawa arus emosi yang tiada kesudahan dan titik noktahnya.


*** Toleransi

Taktik bagus untuk menenangkan dan mendinginkan suasana adalah dengan berkata lembut dan halus kepada pasangan yang sedang 'panas' hati. Bersikap lebih toleransi, sabar dan tempatkan diri kamu di posisinya. Jika kamu tidak pernah melakukan hal ini terhadap pasangan, jangan harapkan dia akan berbuat perkara yang sama kepada kamu.

*** Jangan akhiri pertengkaran dengan pertengkaran

Ini bermaksud, jangan menjadikan pertengkaran yang berlaku itu berlarutan sehingga memberi kesan mendalam kepada kedua-dua pasangan. Siapa yang mulakannya dahulu bukannya menjadi persoalan penting, jika kamu berdua setuju untuk berdamai. Hentikan tindakan atau ucapan yang boleh mengeruhkan lagi pertengkaran baru.

*** Ucapan 'maaf'

Kata-kata ini sememangnya memiliki kekuatan magis yang amat besar dalam menyelesaikan pertengkaran. Mohon maaf sekiranya kamu menyakiti hati pasangan, selama tercetusnya pertengkaran, meskipun pertengkaran itu bukan berpunca daripada kamu sendiri.

Langkah terbaik daripada sebuah pertengkaran adalah saat menyatukan semula perhubungan. Jadi, titipkan hubungan cinta kamu dengan menyatakan perasaan sayang yang mendalam terhadapnya, bersempena bulan yang penuh keberkatan ini.

1 comment:

  1. sgt membantu bg sya seorg isteri derhaka..sya panas baran..prangai ini yg mnjadikan sya isteri derhaka..sungguh rugi skali kerana sya blh berbangga krana sya xpernah buat jahat pd suami namun krana prangai yg 1 nie buat sya xcium bau syurga..allah..

    ReplyDelete