Search This Blog

Friday, February 25, 2011

Mukjizat Di Sebalik Bismillah

Renungan.... ........Amalkan. .... ....Sampaikan. .. ......... .......
Itu satu daripada amalan yang membantu kita apabila kita dikembalikan kepada yang Hak...



Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..


Friday, February 18, 2011

Dengan Mengadakan Hubungan Seks Dengan Isteri Anda Akan Memperolehi pahala.

Rasulullah S.A.W bersabda  "SEKIRANYA KAMU BERSETUBUH DENGAN ISTERI KAMU, kamu akan mendapat pahala."  

Para sahabat kehairanan lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan isterinya pun dapat pahala ?!, 

Rasul dengan hikmah menjawab : benar bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang haram tentulah baginya dosa, 
begitu juga dengan persetubuhan yang halal" - riwayat Muslim, juga merupakan hadis ke 25 dalam (Arbain Nawawi). 

Selain itu, bersetubuh juga dapat menigkatkan aliran darah ke otak anda. Darah yang penuh beroksigen berasak-asak memasuki otak anda dan membuatkan anda rasa fresh.

Monday, February 14, 2011

Sempena Maulidur Rasul..Renungkan


Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."


(Riwayat Bukhari)



Huraian Hadith:


Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya.


Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan.


Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.


Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).


Saturday, February 12, 2011

12 Rabiulawal juga tarikh nabi wafat





Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: “Kami tidak akan beriman sehingga Kami juga diberi (wahyu) sama seperti Yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah”. Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah Yang sepatutnya) ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) Yang diberikan-Nya itu. orang-orang Yang melakukan perbuatan Yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa Yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya Yang mereka lakukan. (al-An’am: 124)

Hercules (Raja Rom) ketika bertanya kepada Abu Sufyan mengenai sifat-sifat Rasulullah SAW dengan berkata: “Bagaimana keturunannya di hadapan kamu?” Jawab Abu Sufyan: “Dia adalah berketurunan baik (mulia) di kalangan kami”, lalu Hercules menjawab: “Begitulah kesemua para rasul yang diutus daripada keturunan yang mulia daripada kalangan kaumnya”. Iaitu Nabi diutus daripada kalangan keluarga yang termulia dan berketurunan yang ramai.

Baginda adalah penghulu anak Adam di dunia dan akhirat. Juga digelar Abu al-Qasim, Abu Ibrahim, Muhammad, Ahmad pemadam kekufuran dan kesyirikan. Tiada nabi selepas baginda, penghimpun yang tersimpan manusia menjemput kedua kalinya. Nabi yang rahmat, nabi yang taubat, penutup seluruh kenabian, dia al-Fatih (pembuka), Taha, Yasin dan Abdullah.

Baginda adalah lembut lagi mengasihani mengingatkan mengangkat baginda sebagai pembawa rahmat, pembawa nikmat kebahagiaan hidup dan petunjuk.
Baginda SAW dilahirkan dengan sejahtera pada hari Isnin. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim, daripada Abi Qatadah sesungguhnya seorang lelaki Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW: Apa pandangan tuan puasa pada hari Isnin? Lalu baginda menjawab: “yang demikian (Isnin) adalah hari aku dilahirkan padanya dan hari turun wahyu kepadaku”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam karyanya dengan sanad daripada Jabir dan Ibnu Abbas, sesungguhnya baginda SAW telah dilahirkan pada tahun gajah hari Isnin, 12 Rabiulawal, padanya (12 Rabiulawal), aku diangkat ke langit (mikraj), dan padanya berlaku hijrah, dan padanya juga wafat. (Ibn Kathir, al-Sirah al-Nabawiyyah, dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, cet:1, 2005, hlm: 35) Sementara itu, Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri di dalam kitabnya, al-Rahiq al-Makhtum menjelaskan bahawa, tarikh kelahiran Nabi SAW iaitu 12 Rabiulawal adalah bersamaan dengan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi.

Tarikh ini berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Muhammad Sulaiman al-Mansur Fauri yang merupakan tokoh sejarah. Tarikh ini diperakui oleh Mahmud Basha seorang tokoh dan sarjana dalam bidang falak. (Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, Dar al-Fikr, Beirut, cet:1, 1991, hlm: 45).

Jumhur ulama bersetuju tarikh kelahiran baginda Rasulullah SAW adalah 12 Rabiulawal 571 Masihi, tahun gajah. Dikenali dengan tahun gajah kerana pada tahun inilah Abrahah menyerang kota Mekah dengan tentera bergajah.

Sementara, tarikh kewafatan baginda seperti yang disebut oleh riwayat yang terdahulu iaitu pada 12 Rabiulawal, pada tahun 11 hijrah, ketika baginda berusia 63 tahun. (Lihat; Abu Hasan ‘Ali al-Husaini al-Nadawi, al-Sirah al-Nabawiyyah, dar ibn Kathir, Dimasyq, 2009, cet: 5, hlm:539).

Kebiasaannya serta fitrah manusia tidak ingin meraikan tahun kewafatan orang yang dikasihinya. Lebih-lebih lagi junjungan besar Nabi SAW yang telah banyak menabur bakti kepada umatnya.

Kewafatan baginda cukup menyedihkan bagi orang yang pernah mengenali baginda. Para sahabat r.a tidak sanggup dan tidak mampu berpisah dengan kekasih mereka Rasulullah SAW.
Baginda telah melayan mereka seperti seorang ayah, dengan penuh kasih sayang baginda menatang para sahabat. Mereka didakap dengan tulus ikhlas dan persaudaraan.
Mereka (para sahabat) dan juga kita tidak akan bertemu dengan insan yang begitu agung budi pekertinya, tidak pernah mengecewakan setiap yang meminta.
Baginda tidak pernah mengherdik yang lemah mahupun yang fakir, baginda tidak pernah tidak pernah menyakiti setiap yang mendampinginya.

Menerusi kitab al-Dalail al-Nubuwwah, dalam bab membicarakan kelahiran baginda, beberapa riwayat perlu dikongsikan di sini.

Antaranya: daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Tidaklah Allah azza wa jalla menjadi sesuatu apa pun dan tidak pula meninggalkan sesuatu nyawapun yang lebih mulia daripada Nabi SAW, dan aku (Ibnu Abbas) tidak pernah mendengar bahawa Allah SWT bersumpah dengan kehidupan seseorang melainkan dengan Nabi SAW, firman Allah SWT yang bermaksud: Demi umurmu (Wahai Muhammad), Sesungguhnya mereka membuta tuli Dalam kemabukan maksiat mereka. (al-Hijr: 72)

Umumnya Allah SWT tidak akan bersumpah dengan sesuatu apa pun melainkan ia sungguhhebat dalam sudut ciptaan dan kedudukan. Dalam ayat ini Allah SWT bersumpah dengan umur Nabi SAW.

Pengiktirafan
Inilah satu pengiktirafan dan pemasyhuran kedudukan baginda di sisi Allah SWT.

Dalam riwayat lain daripada Umm Kurz sesungguhnya telah berkata, dia (Umm Kurz) mendengar daripada nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Aku adalah penghulu bagi kaum mukminin apabila mereka dibangkitkan di mahsyar kelak, akulah yang akan memimpin mereka apabila dibangkitkan, dan akulah yang akan memberi berita gembira apa berkesedihan, akulah imam mereka apabila mereka sujud, dan akulah orang yang paling hampir kepada Allah apabila berhimpun di hadapan Allah, aku akan berbicara di hadapan Allah lantas akan diiakan kata-kataku dan aku memberi syafaat lalu diterima syafaatku dan aku meminta lalu ditunaikan permintaanku”. (Abi Naim al-Asfahani, Dalail al-Nubuwaah, Dar al-Nafais, 1999, cet:4, jld:1, hlm: 67)

Dalam suasana sambutan Maulid Rasul SAW minggu depan, ia harus dimanfaat dengan sebaik mungkin agar kelahiran baginda yang penuh makna dapat dihayati bersama.

Cinta kepada nabi SAW bermaksud cinta kepada Allah SWT. Kelahiran baginda telah mengubah dunia yang sarat dengan amalan jahiliah kepada nur (cahaya) yang memandu mereka menjadi manusia yang berakhlak.

Nabi SAW telah mengenalkan kita kepada Allah SWT, meninggalkan kepada kita mukjizat agung iaitu al-Quran, dan mengajar kita erti ibadah supaya sampai ke makam penghambaan yang hakiki menghampiri Rabbul Izzati.

Semoga Allah menghimpun kita bersama kekasih agung kita Muhammad SAW. - Agama


Banyak Dosa Bila Bermadu



LUAHAN hari Mimizarina dalam DCCK minggu lalu mendapat perhatian ramai pembaca khaususnya wanita. Banyak e-mel diterima, namun tak seorang pun sependapat dengan beliau. Jadi untuk menjawab soalan ‘‘Rugikah kalau dimadu’’ dipaparkan beberapa pandangan pembaca dari seluruh negara.

Imma dalam e-melnya bertanya kepada Mimi salah satu syarat suami berpoligami mestilah mampu zahir batin. Tapi Mimi cuma memerlukan nafkah batin dan kasih sayang sahaja, jelas suaminya tidak mampu dari segi ekonomi kerana dia ada isteri pertama tak berkerja, ada tiga orang anak. Secara tidak langsung Mimi galakkan suaminya tidak bertanggungjawab, jadi apa maknanya konsep poligami sebenarnya?

‘‘Seperkara lagi kerana Mimi terlalu bersimpati dengan kawan-kawannya yang berjawatan tinggi tetapi tak bersuami, maka saya cadangkan dia meminang tiga kawannya untuk suaminya. Salah seorang mestilah tidak bekerja, kemudian Mimi boleh menjawab soalannya; ‘‘Rugikah kalau dimadu’’ kata Imma lagi.

Julia pula meminta supaya Mimi jangan bongkak, sebab takut satu hari nanti dia juga akan dimadukan oleh suaminya. Sebab lelaki apabila mudah dapat dua dia mahu tiga. Tambah-tambah ada isteri yang meringankan bebannya.

Julia juga menasihatkan Mimi supaya betul-betul memahami apa yang tersurat dalam al-Quran yang berbunyi, ‘‘Kahwinilah kamu dua, tiga atau empat orang wanita, tetapi jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinlah hanya seorang....’’ Jangan buat petikan ayat al-Quraan ikut selera sendiri sahaja. Jangan mempersenda al-Quraan.

‘‘Saya juga nak tanya Mimi, sudikah anda menerima madu jika wanita itu janda beranak empat dan lebih tua, andaikata suaminya jatuh cinta pada wanita itu? Mimi cakap memang mudah, tetapi adakah anda benar-benar sanggup mempraktikkannya?

Nor pula berkata, isteri yang minta diceraikan daripada bermadu sebenarnya mahu mengelak daripada membuat lebih banyak dosa dengan suami. Sebab hanya dia sahaja yang tahu perangai suaminya. Dia tahu kelemahan dan tahap kemampuan suaminya dari segi kewangan dan batinnya, kerana itu daripada berdendam dan menyimpan perasaan marah sepanjang hayat terhadap suami lebih baik berpisah.

‘‘Maklum sahajalah kalau duit berkurangan suami mula sekat makan minum anak-anak isteri pertama, jika ini berlaku isteri tentu mengamuk, dan berlaku bertengkaran, pergaduhan antara suami isteri. Bukankah itu secara tidak langsung isteri akan tambah dosa. Sebab itu isteri lebih rela bercerai daripada kumpul dosa bila bermadu,’’ katanya lagi.

Anita pula berkata, dia banyak kali menyuruh suaminya kahwin lagi, sebab dia benci dengan perangai suaminya suka menggoda perempuan. Bila bercinta duit tak pernah cukup sebab kena beli top up telefon sendiri dan kekasih. Duit minyak bertambah kerana selalu keluar, belanja makan dan beli hadiah untuk kekasih. Bila dah banyak berbelanja untuk kekasih pasti menjejaskan bajet rumahtangga. Sampai bila saya mesti pikul hutang yang dia buat?

Menumpang

‘‘Kepada wanita yang ingin menumpang kasih suami orang, jangan tanya kenapa isteri tak rela bermadu, tengok dulu kemampuan kekasih anda, jangan percaya cakapnya bulat-bulat. Lagi banyak pendapatannya lebih banyak dia berhutang. Hanya isteri yang tahu. Orang lain cuma lihat pakaian cantik di luar saja, tetapi isteri tahu kurap kayap di kulit badannya di dalam.’’ Demikian cerita Anita.

Liyana pula kesal dengan pandangan Mimi wanita yang tidak rela bermadu sebagai ‘lemah pegangan agama dan kurang kesedaran’.
‘‘Tidakkah anda rasa bersalah membina istana di atas keruntuhan mahligai 
orang lain?’’

‘‘Saya dapat merasakan perasaan bekas isteri suami anda, kerana saya senasib dengannya. Suami saya merancang hendak kahwin lagi selepas kami menyambut ulang tahun kelima perkahwinan baru-baru ini. Kini setiap hari sebelum tidur saya terfikir bilakah agaknya saya akan diceraikan.’’ Kata Liyana.

Honey dalam e-melnya berkata dia tertarik bila Mimi bertanya ‘‘Kenapa ramai isteri jadi kedekut dan beranggapan suami hak mutlak mereka seorang sahaja? Tidak boleh dikongsi oleh wanita lain..? kerana beliau sekarang masih dalam edah setelah diceraikan oleh suaminya kerana bercinta dengan orang ketiga.

‘‘Saya tak larang kalau suami saya nak kahwin lagi, tetapi tolong jangan lari daripada tanggung jawab. Berbulan-bulan kami ditinggalkan tanpa nafkah, bila telefon tidak dijawab, anak sakit terlantar tidak dipedulikan, ansuran bulanan rumah tak dibayar, jadi patutkah saya bersabar lagi? Dan bukankah itu tandanya dia tak sayangkan kami lagi?

‘‘Kerana tidak tertahan berkali-kali dihalau keluar rumah dan dipukul, akhirnya saya terpaksa buat laporan polis demi mempertahankan diri dan hak saya ke atas rumah yang kami beli. Jadi kesimpulannya sebelum nikah lagi suami saya sudah abaikan tanggungjawab pada anak-anak, jadi bolehkah suami saya adil kalau berpoligami nanti?

‘‘Kerana itulah ramai wanita takut bermadu, bukan kerana tamak atau kedekut, tetapi kerana dia tahu perangai suaminya sebenar. Suami boleh buat muka sepuluh sen tunjuk baik dan minta simpati kekasihnya, tetapi dengan isteri dia jadi harimau ganas dan lapar menunggu masa untuk menerkam mangsanya.

‘‘Akhir kata, saya ingin berpesan pada Mimi jangan riak dan takbur. Saya pasti kiranya apa juga benda kesayangan Mimi dirampas bukan sahaja suami, sudah tentu anda akan sedih dan memerlukan masa untuk pulih. Dan ingat hari ini kata mengambil hak orang, esok lusa kita akan diuji apabila hak kita pula diambil orang lain.’’ - keluarga





Tuesday, February 1, 2011

Perkara Yang Disukai Oleh Lelaki


1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.
15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.
16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.
18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.
24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.
25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah..


Kepentingan Sejarah

Berbeza dengan Perang Dunia I, pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia Kedua tidak meminta bayaran gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya, dalam satu pelan yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George Marshall, "Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih terkenal dengan nama Pelan Marshall, mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk memperuntukkan berjuta dollar untuk pembinaan semula Eropah.

Oleh kerana League of Nations jelas gagal menghalang peperangan, badan dunia baru dibentuk. Pada tahun 1945 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan.
Bahagian Eropah yang ditakluk atau dikuasai Soviet Union tidak mendapat untung dari Pelan Marshall. Dalam Perjanjian Perdamaian Paris ( Paris Peace Treaties ), 1947 Paris Peace Treaty , musuh Soviet Union seperti Hungary, Finland and Romania dikehendaki membayar pampasan perang sebanyak $300,000,000 setiap satu (dalam nilaian dolar 1938) kepada USSR dan negara satelitnya. Itali dikehendaki membayar $360,000,000, dikongsi kebanyakannya antara Greece, Yugoslavia dan Soviet Union.
Dalam kawasan diduduki oleh Kesatuan Soviet pada penghujung perang, regim boneka diletakkan, walaupun dibantah oleh kerajaan buangan dan pihak Berikat yang lain. Jerman dibahagikan kepada empat zon jajahan, dengan zon Amerika, British, dan Perancis dikelompokkan sebagai Jerman Barat dan zon Rusia sebagai negara satelit Rusia, dikenali sebagai Jerman Timur. Austria sekali lagi dikeluarkan daripada Jerman dan ia juga dipecahkan kepada empat zon jajahan, tetapi zon Rusia akhirnya disatukan menjadi negara Austria. Dalam kata Churchill, "Tirai Besi telah turun membelah Eropah". Seterusnya ini mendorong commitment dari pihak Amerika untuk membantu melindungi Eropah Barat, pembentukan NATO danPerang Dingin.
Dalam gantirugi, menurut syarat Persidangan Yalta, lebih dua juta tahanan askar Rusia yang jatuh di tangan pasukan Amerika dan British, mengakibatkan kematian sebahagian besar daripada mereka.
Penyelidikan dan pembangunan yang terbabit dengan Projek Manhattan bertujuan agar dapat mereka bentuk senjata nuklear yang boleh digunakan dengan cepat memberi kesan besar kepada masyarakat saintifik, antara lain membentuk jaringan makmal kebangsaan di Amerika Syarikat.
Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia Kedua menandakan kedatangan kuasa udara, kebanyakannya menggantikan kapal perang. Ketika bandul terus berhayun dalam persaingan tanpa akhir ini, kuasa udara menjadi rakan kongsi penuh dalam sebarang tindakan ketenteraan.
Perang Dunia Kedua merupakan kemuncak kepada jumlah tentera yang ramai. Walaupun jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul semula (ketika Perang Korea dan dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas kemenangan ini kuasa besar bergantung kepada tentera yang kecil tetapi terlatih dan bersenjata lengkap.
Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai Holokus dilaksanakan kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General Government ), dalam perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland, pihak Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam "perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan kerana jenayah perang.
Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ), mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang mungkin berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara Barat dan, disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat, berusaha untuk meniru Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan keajaiban ekonomi dan kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.


Peperangan Dunia 2 (Medan Afrika & Timur Tengah)

Medan Afrika dan Timur Tengah

Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila sepasukan kecil tentera British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali daripada Libya. Kemaraan ini dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jerman di bawah Erwin Rommel mendarat di Libya. Tambahan lagi, pada Jun 1941 Tentera Australia dan pasukan Berikat melanggar Syria dan Lebanon, menawan Damascus pada 17 Jun. Afrika Korps dibawah pimpinan Rommel maju dengan pantasnya ke arah timur dan terus mengepung pelabuhan strategik di Tobruk. Pasukan Australia dan British menangkis kesemua serangan sehinggalah diganti, tetapi serangan pihak Pusat yang baru menawan bandar tersebut dan menghalau Tentera ke Lapan ( Eighth Army ) kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein.
Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942. Pihak Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria dan Terusan Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan pertahanan British dan Komanwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran El Alamein Kedua berlaku antara 23 Oktober dan 3 November 1942 selepas Bernard Montgomery menggantikan Claude Auchinleck sebagai komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ). Pasukan Komanwel Commonwealth forcesmula menyerang dan memusnahkan Afrika Korps. Rommel dipaksa berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai ke Tunisia.
Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan British mendarat di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ). Pasukan tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum menyertai pihak Berikat. Akhirnya pasukan Jerman dan Itali terkepit dari kemaraan berkembar dari Algeria dan Libya oleh pihak Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat, pasukan Berikat mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei 1943, baki pasukan Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan; sama ramai seperti di Stalingrad.
Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk melanggar Sicily dan Itali pada tahun 1943.