Medan Afrika dan Timur Tengah
Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila sepasukan kecil tentera British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali daripada Libya. Kemaraan ini dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jerman di bawah Erwin Rommel mendarat di Libya. Tambahan lagi, pada Jun 1941 Tentera Australia dan pasukan Berikat melanggar Syria dan Lebanon, menawan Damascus pada 17 Jun. Afrika Korps dibawah pimpinan Rommel maju dengan pantasnya ke arah timur dan terus mengepung pelabuhan strategik di Tobruk. Pasukan Australia dan British menangkis kesemua serangan sehinggalah diganti, tetapi serangan pihak Pusat yang baru menawan bandar tersebut dan menghalau Tentera ke Lapan ( Eighth Army ) kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein.
Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942. Pihak Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria dan Terusan Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan pertahanan British dan Komanwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran El Alamein Kedua berlaku antara 23 Oktober dan 3 November 1942 selepas Bernard Montgomery menggantikan Claude Auchinleck sebagai komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ). Pasukan Komanwel Commonwealth forcesmula menyerang dan memusnahkan Afrika Korps. Rommel dipaksa berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai ke Tunisia.
Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan British mendarat di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ). Pasukan tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum menyertai pihak Berikat. Akhirnya pasukan Jerman dan Itali terkepit dari kemaraan berkembar dari Algeria dan Libya oleh pihak Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat, pasukan Berikat mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei 1943, baki pasukan Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan; sama ramai seperti di Stalingrad.
No comments:
Post a Comment