Search This Blog

Tuesday, February 1, 2011

Perang Dunia 2


Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh Chinadengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.
Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu(perikatan negara-negara KomanwelPerancisAmerika SyarikatKesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikatkeluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Pengenalan

Cara layanan oleh pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan semula tentera Jerman melalui perlembagaandemokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia menyerap sebahagian dari Czechoslovakia.
Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang kuasa di Itali. Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak begitu mempercayai Hitler, kedua negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun 1936.


Hitlermusso.jpg
Benito Mussolini ("Il Duce") bersamaAdolf Hitler




Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan olehLuftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.
Keseluruhannya, Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus penduduk dunia).


No comments:

Post a Comment