Search This Blog

Saturday, December 11, 2010

Bagaimana Cara Melembutkan Hati Anak



  1. Pastikan rezeki yang di bawa balik ke rumah untuk anak-anak adalah dari sumber yang HALAL. Rezeki yang datang dari cara yang syubhah boleh menyebabkan hati anak keras.
  2. Pamerkan kasih sayang antara suami dan isteri kepada anak-anak. Ini akan mententeramkan hati anak-anak. Ibu bapa yang sering bertengkar atau bercakaran akan membuatkan jiwa anak memberontak.
  3. Setiap kali semasa anak-anak sedang tidur ayam, bacakan surah berikut di ubun-ubunnya surah al-Fatihah, ayatul kursi(supaya syaitan dan jin tidak mengganggu fikiran dan hati) dan al-insyirah (supaya fikiran anak tenang dan lapang). Amalkan ini sepanjang hayat anak selama dia belum bernikah, bukan setakat semasa kecil sahaja.Amalan ini turut baik untuk suami lakukan ke atas isteri untuk mengharmonikan rumah tangga.
  4. Hindarkan menyebut perkataan negatif di dalam rumah.
  5. Hindarkan menyebut perkataan yang demotivate  anak.
  6. Doa setiap kali solat. Ad-Dua’a silahul mu’minin (doa itu senjata bagi orang beriman).

No comments:

Post a Comment