Search This Blog

Saturday, December 11, 2010

Petua


Perut Buncit :
  1. Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis. 
Selsema :
  1. Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih lalu dipanggangkan seketika. 
  2. Perahkan adunan tersebut dengan menggunakan penyaring sebelum diminum. 
Dakwat :
  1. Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah. 
Kembung dan Senak Perut : 
  1. Pinang muda ditumbuk halus dicampurkan dengan hati abu, arang dari puntung kayu dan cucur atap dan bedakkan pada perut. 
Minda :
  1. Amalan mengunyah secebis pinang juga boleh menguatkan daya fikir dan kosentrasi minda seseorang. 
 Muntah-muntah :
  1. Rebuskan segelas air dengan beberapa kuntum bunga cengkih dan minum airnya ketika suam tanpa gula. 





No comments:

Post a Comment