Search This Blog

Saturday, December 11, 2010

20 Tips Membahagiakan Pasangan


20 Cara Membahagiakan Isteri Anda


Rumahku Surgaku. Itulah harapan sebuah pernikahan. Memang, tidak mudah untuk mewujudkan harapan tersebut, silap-silap rumahku menjadi Nerakaku. Harus kerjasama yang harmoni di antara suami dan isteri ketika mengharungi bahtera perkahwinan. Selain itu, di pemahaman mengenai cara memelihara pernikahan agar tetap harmonis dan tahan terhadap badai ujian. 


Rasulullah SAW bersabda:
"Yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik (perlakuannya) terhadap isteri-isterinya dan aku adalah yang terbaik di antara kamu terhadap isteri-isteriku."
Rasullullah SAW juga bersabda:
"Tidak ada yang memuliakan wanita dengan sejati kecuali laki-laki yang pemurah (dermawan) dan tak seorangpun yang menghina mereka (wanita) kecuali laki-laki yang kasar."
Tugas-tugas seorang suami kepada isterinya:
1.Hendaklah anda selalu memperlihatkanlah wajah yang menyenangkan ketika masuk ke rumah, ucapkan salam Islam "assalaamu'alaikum" dengan senyuman yang manis, raih tangannya dan peluklah isteri anda dengan mesra.
2.Ketika berbicara, untaikan kalimat yang manis serta memikat isteri anda. Usahakan isteri anda merasa benar-benar diperhatikan dan menjadikannya wanita paling khusus untuk anda. Untaian kalimat yang disampaikan kepadanya hendaknya jelas (ulangi jika perlu) dan panggillah isteri anda dengan sebutan yang dia sukai seperti; manisku, sayangku, cintaku dan lain sebagainya.
3.Meskipun anda mempunyai beban kerja yang banyak, luangkanlah masa untuk beramah tamah dan bercengkerama dengan isteri anda. Hal ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana beliau juga beramah tamah dan menghabiskan waktu bersama para isteri beliau, meskipun pada saat itu beliau juga penuh dengan pekerjaan serta beban tanggung jawab yang sangat besar.
4.Mainkanlah suatu permainan ataupun selingan yang menggembirakan bersama isteri anda. Hal ini dinyatakan dalam suatu hadis bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Semua hal yang ada di dalamnya tidak menyebut nama Allah SWT, adalah suatu kesia-siaan, kecuali dalam empat perkara: seorang laki-laki yang sedang bermain dengan isterinya, melatih kuda, baling di antara dua sasaran, serta mengajarkan berenang."
5.Membantu pekerjaan sehari-hari rumah tangga. Usahakan anda membantu dan menolong isteri anda dengan tugas-tugas seharian rumah tangga anda, seperti membeli makanan, mempersiapkan makanan, membersihkan serta mengatur rumah, dan lain sebagainya. Hal-hal seperti ini akan membawa kebahagiaan tersendiri pada diri isteri anda dan tentu saja akan semakin menguatkan cinta anda dan hubungan anda bersama sang Isteri.
6.Usahakan musyawarah selalu menghiasi rumah tangga anda. Bermusyawarahlah dengan isteri anda, dalam setiap permasalahan. Pendapat yang di sampaikan Ummu Salamah kepada Rasulullah SAW pada saat perjanjian Hudaibiyah adalah suatu kejadian yang sangat terkenal. Hal ini merupakan cara yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk bermusyawarah dengan para isteri dan para sahabat beliau.
7.Ketika Isteri anda sedang berkunjung ke tempat saudaranya, teman-temannya, serta orang-orang yang soleh, maka temanilah isteri anda.
8.Tata cara melakukan perjalanan dan meninggalkan isteri di rumah. Jika anda tidak boleh membawa serta isteri anda dalam perjalanan, maka ucapkanlah selamat tinggal dengan penuh rasa sayang, bekalilah isteri anda dengan persediaan keperluan sehari-hari dan wang secukupnya, mintalah isteri anda untuk mendo'akan anda, sering-seringlah to contact isteri anda. Jangan lupa untuk meminta pertolongan kepada orang yang anda percayai untuk menjaga keluarga anda selama anda bepergian. Persingkat perjalanan anda jika dirasa sudah tidak penting lagi dan pulanglah dengan membawa oleh-oleh. Elakkan untuk pulang pada malam hari atau pada saat-saat yang tidak diharapkan.
9.Dukungan kewangan. Tumbuhkanlah sikap dermawan pada diri anda (tidak pelit) dalam urusan pengeluaran rumah tangga anda, tentunya harus sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Sokongan kewangan yang baik (tidak boros tentunya) akan sangat berguna untuk memelihara kestabilan perkahwinan anda.
10.Buatlah diri anda agar selalu berbau harum dan perindah penampilan anda. Allah SWT itu indah dan Dia menyukai keindahan. Maka selalu bersihlah anda, rapi, dan pakailah parfum. Ibnu Abbas ra berkata:
"Saya menyukai keindahan diri saya sendiri untuk isteri saya, seperti halnya saya menyukai keindahan isteri saya untuk saya."
11.Tentang hubungan seksual. Merupakan tugas dari suami untuk mencukupi keperluan serta hasrat seksual sang isteri. Bisa jadi sekali waktu isteri anda sedang berada dalam masa yang sangat prima berkenaan dengan kesihatan fizikal dan psikologinya.
12.Penuh perhatian. Seorang suami muslim harus sangat perhatian dan penuh perasaan terhadap isterinya. Isteri anda pasti mengalami dan melewati bermacam-macam perubahan baik secara fizikal dan psikologi. Pada saat-saat seperti itu, isteri anda sangat memerlukan suatu perlakuan yang mesra dan penuh perhatian, untuk isteri anda boleh memadam kesusahan dan kesedihan yang sedang dialaminya, serta menenangkan perasaannya yang mudah tersentuh.
13.Jagalah kerahsiaan perkahwinan anda. Diriwayatkan dalam sebuah hadis oleh Abu Said Al-Khudry bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh di antara orang yang paling buruk di hadapan Allah SWT pada saat hari kebangkitan adalah laki-laki yang mendatangi isterinya untuk melakukan hubungan badan, dan dia membeberkan rahsia itu (tentang hubungan badan) kepada yang lain."
14.Bekerja sama dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT, solat berjemaah dan selalu tingkatkan aktiviti anda dalam beribadah kepada Allah SWT, seperti bersedekah, zikir (mengingati Allah SWT), dan solat pada malam hari (qiyamul lail). Rasulullah SAW bersabda:
"Semoga rahmat Allah SWT dilimpahkan kepada laki-laki yang bangun pada malam hari dan membangunkan isterinya untuk solat bersamanya, dan jika dia menolak maka percikkan air ke wajahnya".
15.Selalu menunjukkan rasa hormat kepada keluarga dan teman isteri anda.
16.Usahakan untuk mendidik isteri anda tentang Islam dan berilah isteri anda nasihat-nasihat.
17.Cemburu yang sewajarnya.
18.Bersabar dan berlaku lembutlah kepada isteri anda. Kendalikan amarah anda dan buatlah sang isteri untuk menghilangkan keragu-raguannya terhadap anda, dan nasehatilah dia ketika melakukan suatu kesalahan.
19.Jadilah pema'af dan tegurlah isteri anda dengan cara yang baik dan sampaikan pada masa yang benar-benar tepat.
20.Jadilah seorang suami muslim yang sejati, dan terapkan semua yang pernah dibaca dan difahami tentang Islam, dengan arif dan bijaksana.

20 Cara Membahagiakan Suami anda

Tidak lengkap rasanya jika ada 20 cara membahagiakan isteri anda, tidak ada 20 cara membahagiakan suami anda. Ini masih dalam buku yang sama, "Nasihat Indah Untuk Suami Isteri", karya Syeikh Umar Bakri Muhammad, bagaimana para isteri memikat suami mereka. Semoga bermanfaat!
1.Anda adalah sekuntum mawar yang sedang bersinar di rumah anda. Buatlah disaat suami anda masuk ke rumah, dia merasa bahawa kecantikan dan keharuman mawar tersebut, tidak bukan dan tidak lain hanyalah untuknya seorang.
2.bagaimana caranya agar suami anda itu boleh merasa damai dan nyaman, baik dengan perbuatan ataupun dengan kata-kata? Hal itulah yang secara terus menerus anda selalu usahakan untuk suami anda. Untuk kesempurnaannya, lakukan itu dengan sepenuh jiwa.
3.Sopan dan penuh perhatianlah anda ketika berbincang-bincang dan berbincang, jauhkanlah perdebatan dan sikap keras kepala untuk mengemukakan pendapat anda.
4.Pahami kebenaran dan keindahan prinsip-prinsip Islam di balik kelebihan sang suami terhadap anda selaku isteri, yang memang berkaitan dengan kodrat seorang wanita, dan janganlah hal ini dianggap sebagai sesuatu yang dzolim (penindasan).
5.Lembutkanlah suara anda ketika berbicara dengan sang suami dan pastikan suara anda tidak meninggi pada saat dia bersama anda.
6.Pastikan anda bangun pada malam hari untuk melakukan solat malam secara rutin, hal ini akan membawa kecerahan dan kebahagiaan pada perkahwinan anda, sungguh mengingati Allah SWT akan membawa ketenangan pada hati anda.
7.Bersikaplah diam ketika suami anda sedang marah dan jangan tidur kecuali dia mengizinkannya.
8.Berdirilah dekat suami anda ketika dia sedang memakai baju dan sepatunya.
9.Buatlah suami anda merasa bahawa anda menginginkan sang suami untuk mengenakan baju yang anda pilih buat dia, pilihlah pakaian itu oleh anda sendiri.
10.Anda perlu sensitif dan memahami keperluan suami anda, untuk menjadikan perkahwinan anda menjadi yang terbaik tanpa menghabiskan masa anda.
11.KETIKA ada perselisihan pendapat, hendaknya anda tidak menunggu agar sang suami meminta maaf kepada anda (jangan jadikan hal ini sebagai keutamaan utama harapan anda) kecuali kalau suami anda secara sedar mengakuinya.
12.Rawatlah penampilan dan pakaian suami anda, biarpun kelihatannya suami anda malas untuk merawat dan memakainya, tapi yakinlah bahawa dia akan menyukainya sebagaimana rakan-rakannya juga akan menyukainya.
13.Hendaknya anda tidak selalu bergantung suami anda untuk berkeinginan melakukan hubungan badan, sekali-kali anda mulailah lebih dulu, tentu pada saat yang tepat.
14.Di malam hari, jadilah seperti pengantin baru buat suami anda, janganlah anda beranjak tidur lebih dulu dari sang suami, kecuali kalau dirasa sangat perlu.
15.Janganlah menunggu atau mengharapkan balasan dari semua perbuatan dan kebiasaan baik anda, banyak suami kerana kesibukan kerjanya, gampang melupakan untuk melakukan hal tersebut, atau secara tidak sengaja lupa untuk menyampaikan penghargaan yang semestinya kepada anda.
16.Hendaknya berbuat sesuai dengan keadaan dan kemampuan kewangan yang ada, dan jangan meminta sesuatu yang berlebihan dan mahal.
17.KETIKA suami anda baru pulang dari perjalanan yang lama ataupun bepergian dari tempat yang jauh, sambutlah dia dengan wajah yang ceria dan tunjukkanlah bahawa anda sangat merindukan kedatangannya.
18.Ingatlah selalu bahawa kewujudan sang suami adalah salah satu sarana mendekatkan diri anda kepada Allah SWT.
19.Pastikan anda untuk selalu memperbaharui dan mengubah bentuk penampilan anda, sebagai tanda dan ungkapan kasih anda menyambut suami tercinta.
20.Ketika sang suami meminta sesuatu untuk melakukan hal-hal tertentu, maka pastikan anda melakukannya dengan sigap dan sepenuh hati, jangan sampai anda merasa enggan dan lamban.

No comments:

Post a Comment