Search This Blog

Friday, January 21, 2011

Risiko Payu Dara Besar


Setiap yang diciptakan Allah ada hikmahNYA. Begitu juga penciptaan payu dara wanita bertujuan untuk membekalkan susu buat anak yang baru lahir.

JIKA saiz dan bentuk zakar penting untuk lelaki, wanita tidak terkecuali untuk mengambil berat saiz payu dara mereka. Sebenarnya, saiz dan bentuk payu dara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka.

Jarang ada wanita mengalami masalah payu dara ‘Glandular Hyperplasia’, iaitu pepundi susu mengembang dan membesar, sekali gus mengakibatkan payu dara membesar secara luar biasa.

Wanita yang mengalami masalah ini sukar mencari baju dalam atau ‘bra’ sesuai. Keadaan payu dara yang besar juga menyakitkan dada kerana memikul beban berat.

Kajian terbaru menunjukkan payu dara besar berisiko tinggi mendapat kanser.

Tiada kaedah membesarkan payu dara tanpa membabitkan pembedahan. Ia dikenali ‘Breast Augmentation’ atau pembedahan pembesaran payu dara.

Kaedah penggunaan krim dan herba belum ada bukti kukuh keberkesanannya.

Satu ketika dulu di Thailand, wujud herba dikenali ‘Pueriaria Mirifica’ yang kononnya membantu memantapkan payu dara dan kini herba itu dalam kawalan kerajaan Thailand.

Sejauh mana keberkesanan herba itu sukar dipastikan, namun kerajaan Thailand menafikan herba itu sesuai untuk ketumbesaran payu dara.

Malah, kerajaan Thailand mencadangkan wanita yang ingin membesarkan payu dara melakukan senaman pemantapan otot dada. Pakar sakit puan dan payu dara di Thailand juga menafikan herba itu mampu membesarkan payu dara.

Sehubungan itu, jangan membazir duit membeli herba, terutama di tepi jalan, untuk membesarkan payu dara. Ia bukan sekadar pembaziran, tetapi dibimbangi kesan jangka pendek atau panjang penggunaan produk berkenaan.

Ada juga berpendapat makan kacip fatimah memantapkan payu dara. Itu juga tiada kepastian, walaupun kacip fatimah mengandungi ‘Biboflavinoids’ yang dapat diproses dalam badan menjadi hormon Estrogen yang ada kaitan dengan ketumbesaran payu dara.

Namun, kajian sekumpulan pakar di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati kacip fatimah hanya baik menaikkan syahwat kerana kesannya kepada kelenjar Adrenal untuk menghasilkan hormon syahwat DHEA.

Malah, satu ketika dulu wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga mendapati payu dara mereka tegap dan padat, seolah-olah besar.

Selepas kejadian tidak disangka itu, ramai wanita mengunakan hormon Estrogen dan kini amalan berkenaan diketahui berbahaya dan boleh mendedahkan wanita itu kepada kanser payu dara.

Seperti zakar, payu dara kadangkala kelihatan kecut dan lembek dan kadangkala menonjol dan tegap, sama dengan keadaan puting dan tompok Areola yang juga kembang dan kuncup.

Senaman mengkukuhkan otot dada dapat menegapkan payu dara ke atas dada dan ini digalakkan daripada melakukan pembedahan, mengunakan krim atau gel atau menyedut payu dara dengan pam penyedut kerana alat ini juga didapati mengarut.

Kehamilan dan kelahiran bayi dapat memantapkan kedudukan payu dara dan ini paling berkesan serta selamat.

Selain memakai baju dalam yang sesuai dan pengunaan krim pelembap yang baik untuk kulit payu dara.

No comments:

Post a Comment