- Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin isteri.
- Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.
- Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Oleh itu, anda jagalah hati isteri anda. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni.
- Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran.
- Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar isteri anda menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh. Begitu juga untuk diri anda sendiri.
- Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Setelah pulang ke rumah, anda sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri anda selepas anda berdua selesai solat berjemaah.
- Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
- Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah.
- Jangan sesekali memarahi isteri anda di hadapan khalayak ramai. Anda akan menjatuhkan maruahnya. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar anda sebagai suami.
- Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.
Search This Blog
Saturday, January 22, 2011
Tips Suami Soleh
Labels:
Tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment