Search This Blog

Wednesday, January 26, 2011

Vespa Kenderaan Perang



APABILA menyebut Vespa, ia akan menggamit nostalgia di kalangan mereka yang pernah menggunak an jentera itu terutama sekitar 1960-an dan 1970-an.

Ketika itu, Vespa ibarat kenderaan ada kelas tersendir i bagi Mat Motor, malah jika jentera itu melintas di hadapan rumah, pasti ada mata anak gadis mengintai dari celah jendela.

Namun, apabila laporan akhbar menyebut, pengeluar an Vespa akan dihentika n, ia pasti menimbulk an kekecewaan kepada peminat motosikal klasik itu.

Motosikal itu meninggal kan kenangan manis kepada generasi lama sehingga ada masih menyimpan jentera itu walaupun rosak dan dimamah usia.

Laporan peraturan Eropah menyebut, Vespa PX melanggar peraturan baru kesatuan baik kerana enjin dua lejangnya mengeluar kan asap melebihi tahap dibenarka n selain reka bentuk yang dianggap kurang selamat.

Bagaimana pun, model Vespa moden atau skuter yang dilengkap i gear automatik masih dibenarka n beroperas i di jalan raya.

Menyingka p sejarah awal penghasil an motosikal klasik itu, Vespa pertama dipertont onkan di khalayak ramai di Rome pada 1946.

Mungkin ramai tidak mengetahu i Vespa direka sebagai sebuah kenderaan perang yang digunakan secara meluas oleh tentera Perancis dan Amerika Syarikat (AS) menentang Nazi.

Vespa membolehk an tentera payung terjun dan tentera laut AS melalui jalan yang dibom tentera Nazi dengan mudah selain menghampi ri benteng pertahana n tentera pimpinan Adolf Hitler sekitar sempadan Austria.

Awal penciptaa nnya pada era Perang Dunia Kedua, Enrico Piaggio, seorang jurutera Itali bahagian aeronauti k diarahkan ketuanya, Corradino D'Ascanio membina sebuah jentera darat yang mudah, berperisa i dan tidak mengotork an baju.

Selain itu, jentera berkenaan mestilah mudah ditunggan g sama ada lelaki atau wanita dan boleh membawa penumpang jika perlu.

Ini kerana Corradino sendiri tidak gemar menunggan g motosikal dan tidak mahu jentera terbaru itu menyerupa i sebuah motosikal .

Atas alasan berkenaan, Enrico mencipta sebuah mesin seakan motosikal tetapi mempunyai pengadang angin lebih lebar, kawalan gear di tangan, selain enjin belakang yang disambung kan terus ke roda belakang.

Bahagian pengadang angin direka sebagai perisai bertujuan supaya tidak mengotork an baju penunggan g manakala bahagian tengah yang kosong memudahka n wanita berpakaia n skirt menunggan gnya.

Bahagian suspensi hadapan direka sama seperti gear mendarat sebuah pesawat supaya motosikal lebih mudah membelok.

Rekaan berkenaan mendapat perhatian Corradino dan bermula daripada itu, pelbagai rekaan baru Vespa dicipta untuk disesuaik an dengan keadaan semasa.

Kemudian, terciptal ah sebuah motosikal yang dinamakan Vespa di mana identiti mesin berkenaan boleh dikenali melalui bentuknya yang agak 'gemuk' kerana segala peralatan mekanikal dan enjinnya berjaya dilindung i daripada sebarang kekotoran berbandin g motosikal biasa.

Model awal Vespa mempunyai tempat duduk belakang berasinga n atau ruang menyimpan barang sepenuhny a bergantun g kepada kehendak pelanggan nya.

Sebelum dikeluark an secara rasmi pada tahun 1946, Vespa mengalami beberapa perubahan lagi termasuk bahagian pengadang angin lebih 'melentur' serta bahagian belakangn ya mempunyai laci sama seperti tempat barangan yang terdapat pada bahagian penumpang hadapan sebuah kereta.

Tempat mengisi bahan api juga diletakka n di bawah tempat duduk kerana memudahka n pereka yang tidak perlu memikirka n untuk membentuk tangki bahan api seperti motosikal Harley Davidson.

Versi awal skuter hanya dilengkap i rim bersaiz lapan inci kerana memberi lebih ruang kepada penunggan g meletakka n kaki.

Enjin asal yang dibekalka n hanyalah 98cc dua lejang pacuan roda belakang dengan tiga kelajuan tanpa sebarang sistem atau kipas penyejuk.

Disebabka n enjin berkenaan tersorok di bahagian belakang dan mudah panas, jurutera Vespa mula mencipta kipas atau 'magneto' yang mengawal sistem elektrik motosikal berkenaan .

Kipas berkenaan berfungsi menyedut udara ke bahagian silinder enjin bagi mengurang kan kepanasan .

Walaupun pada masa itu enjin dua lejangnya mengeluar kan asap yang banyak selain bunyi yang terlalu kuat, orang ramai tetap berminat untuk memilikin ya disebabka n rekaannya yang tersendir i.

Model asal Vespa dikenali dengan kod nama MP5 dan digelar 'Paperino', atau bahasa Itali dipanggil 'itik' kerana bentuk dan bunyinya seakan seekor itik.

Kemudian, Enrico Piaggio mengarahk an Corradino membentuk semula jentera berkenaan dengan tambahan beberapa ciri aerodinam ik supaya tidak mendapat jolokan 'itik'.

Apabila prototaip kedua yang dikenali sebagai MP6, Enrico Piaggio berteriak 'Sembra una vespa!' dan perkataan itu melekat sehingga hari ini.

Vespa adalah satu-satunya kenderaan yang dibina secara 'monocoque' atau bahagian enjin disatukan bersama kerangka casis.

Walaupun tidak mempunyai suspensi belakang, orang ramai memuji motosikal berkenaan dan mengaku lebih mudah mengawaln ya berbandin g jentera dua roda biasa.

Kini, walaupun Vespa sudah ditamatka n pengeluar annya, kenangan dan nostalgia jentera dua roda unik itu sentiasa menjadi ingatan pemilikny a.



>Info

Vespa mula dipamerka n buat pertama kali di Rome Golf Club di mana ia hanya dikhaskan untuk wartawan yang memberi komen mengenai kehadiran terbaru mesin dua roda berkenaan .

Akhirnya, Vespa dijual buat pertama kalinya selepas menyertai Milan Fair pada 1946 dan ketika itu, sebanyak 50 unit terjual.

Permintaa n terhadap motosikal itu semakin meningkat apabila 2,500 Vespa dijual setahun selepas dilancark an dan bilangann ya mencecah lebih 10,000 pada tahun 1948.

Vespa terus mencatat jualan memberang sangkan pada tahun berikutny a apabila jualannya meningkat sekali ganda iaitu 20,000 unit pada 1949 dan mencecah sehingga 60,000 unit pada 1950.

Pada tahun 1952, filem Hollywood bertajuk 'Roman Holiday' mengisahk an perjalana n merentasi Rome menggunakan Vespa berjaya melonjakk an jualan motosikal skuter berkenaan sehingga 100,000 unit.

Selain itu, Vespa turut menjadi motosikal pilihan selebriti Hollywood pada masa itu seperti John Wayne, Lucia Bose, Luis Miguel Dominguin, Dean Martin, Abbe Lane dan ramai lagi.

Pertengah an tahun 1950-an, Vespa memberi lesen untuk mengeluar kan skuter berkenaan di Jerman, United Kingdom, Perancis, Belgium and Sepanyol dan bergerak India, Brazil dan Indonesia pada tahun 1960-an.

Sebanyak 10 juta unit Vespa terjual di seluruh dunia ketika dicatatka n pengeluar annya pada penghujun g tahun 80-an.

Vespa didatangk an dengan pelbagai kapasiti enjin bermula 50cc, 90cc, 100 cc, 125 cc, 150cc, 160cc, 180cc dan 200 cc serta mengalami perubahan bentuk.







No comments:

Post a Comment