Hari yang dinanti sudah pun tiba, MyGosip sangkakan Fasha Sandha akan lampirkan bukti mengenai hubunganganya dengan Jejai.. Tapi rupanya, Fasha Sandha menyangkal dakwaan Nora Danish yang mengatakan hubungan Fasha Sandha dan Jejai sudah berakhir dua bulan yang lalu.. Menurut Fasha Sandha hubungan dia dan Jejai berakhir pada 18 Januari yang lalu dan bukanya 2 bulan yang lalu seperti dakwaan tidak benar Nora Danish semalam..
Semalam Nora Danish ada mengeluarkan kenyataan di MyMetro yang menafikan beliau menjadi punca perpisahan Fasha Sandha dan jejai..
“Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu,” kata Nora Danish.
Mungkin kenyataan Nora Danish tu membuatkan Fasha Sandha rasa tertindas dan mengeluarkan kenyataan balas dengan meminta Nora Danish tidak masuk campur dengan kisah hubunganya jika benar dia tidak bersalah…
“Saya menyangkal kenyataan Nora bahawa Jejai dan saya berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi saya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Kenyataan Nora itu adalah salah. Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,”“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami.“Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,”
Malah Fasha Sandha juga sanggup mengemukakan bukti jika keadaan memaksa.. Rasanya jika ramai yang tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Fasha Sandha ni mesti kita dapat membaca sms-sms jiwang mereka berdua selepas ni..
“ketika Jejai di Jepun dan Ninseko, Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu. “Selalunya, kami bercakap selama hampir sejam. Ini jelas, kenyataan Nora bahawa dua bulan kami berpisah dan Jejai menghubungi saya hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah.”“Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. “Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.”
Akhir kata daripada Fasha Sandha, Jika sebelum ini dia sering di tindas dan di fitnah tanpa bukti, Kini tiba masanya dia menegakan kebenaran beserta bukti yang sahih..
Psst… MyGosip harap, drama mereka semua ni akan berakhir dengan happy ending la hendaknya, Rasanya sudah lama drama ni bersiaran.. dan kami yakin drama ni sudah sampai di penghujung cerita apabila Fasha dan Jejai berpisah… kan lagi bagus jika drama ni berakhir dengan pendamaian diantara Fasha Shanda dan Nora Danish.. mesti lebih dramatik..
No comments:
Post a Comment