Search This Blog

Saturday, January 29, 2011

Irma Disingkir?



BEBERAPA tahun kebelakangan ini industri hiburan menyaksikan perkembangan positif. Begitu juga dengan dunia penyiaran di mana banyak menyajikan program hiburan baru yang menarik untuk dipertontonkan.

Kalau dulu kita hanya ada Melodi untuk program berbaur gosip, kini ada banyak program serupa. Galaksi yang ke udara setiap Jumaat jam 9 malam di saluran TV9 misalnya, turut menyajikan pendekatan hampir serupa.


Sejak diambil alih oleh ‘abang gosip’, Nas Ahmad, CAK difahamkan Galaksi bakal berwajah baru. Bukan saja set dan konsep diperbaharui, tetapi juga pengacaranya.


Ini bermakna aktres jelita, Irma Hasmie tidak lagi mengacara program sensasi ini, sebaliknya tempatnya diganti dengan hos baru. Bila bab ‘bersalin kulit’ ni CAK memang suka. Yelah, banyak cerita boleh dikorek, lebih-lebih lagi sebab musabab pertukaran itu.


Kadangkala ia berlaku disebabkan hos lama tidak boleh lagi bekerjasama gara-gara terikat dengan projek lain, ada juga yang terpaksa menarik diri kerana tamat kontrak, masalah kesihatan dan tidak kurang juga dibuang kerana masalah disiplin serta sindrom diva.



Dalam kes Galaksi, khabarnya Nas mahukan pembaharuan secara total. Tidak cukup sengat jika konsep dan set berwajah baru, pengacaranya juga kenalah tukar orang.


Bukan bermakna Irma tidak bagus kerana bagi Nas, Irma berjaya membuktikan dia berbakat dalam dunia pengacaraan.


Hasil risikan CAK, khabarnya tiga nama selebriti lelaki disenaraipendekkan untuk menggantikan Irma iaitu Farish Aziz, Alif Satar dan Ikhwan HotFM. Bagaimanapun, rasanya keputusan lebih berat kepada Ikhwan kerana dia punya kualiti yang dikehendaki pihak produksi.


sumber : selebriti metro





No comments:

Post a Comment